Tolong, tolong dan tolong!

November 14, 2008 at 10:13 am 1 comment

Seperti biasa, ana mulakan kalam dengan Assalamualaikum …

Seindah mawar berduri

Seindah mawar berduri

Entah mengapa, seharusnya blog ini mengisi kenangan-kenangan yang pernah dilalui oleh akhawat jauzy. Suka duka yang pernah dirasai bersama. Segala cubaan dan dugaan beserta halangan yang ditempuhi sentiasa. Tapi kini, blog ini dihiasi dengan tazkirah  bagi manusia kerana sering lalai dan terlupa …

Tapi tidak mengapa, bagi analah (kalau ade tak setuju, komen je) , sebab ada satu perkara yang ana nak selesai sebelum melangkah taon depan. Satu fenomena yang menimpa kaum hawa di jauzy iaitu gejala ikhtilat. Ana sedih bila melihat ada yang tidak sedar bahawa dirinya dihanyut dibawa arus nafsu remaja yang kian bergelora. Ketahuilah wahai sahabatku , di umur inilah kita merasakan diri seolah2 sudah dewasa dan mampu berfikir dengan matang ,tapi sedarlah kadang2 jiwa remaja inilah yang kuat memberontak …      Maka dengan apakah mampu ditentang masalah itu? Jawapannya, IMAN YANG KUAT . Tetapi berapa ramaikah yang memilikinya ??

Jauhi ikhtilat ...

Jauhi ikhtilat ...

Entah mengapa , hari ini ku dapat rasakan ramai kawanku yang terjebak dalam permasalahan ini tanpa disedari oleh mereka . Sebenarnya, ana ingatkan antunna dah matang dalam hal nih, tapi mungkin emosi mengatasi kewarasan akal.

Ana tak kata perasaan ingin disukai atau menyukai itu adalah salah. Masa remaja tentunya masa yang penuh dengan gelora perasaan kerana ia
merupakan transisi menuju dewasa. Tidak kiralah mereka itu aktivis
dakwah atau pun tidak kerana perasaan ingin menyayangi dan disayangi
itu adalah fitrah. Tumbuh secara semula jadi dalam diri.

Tapi hanya satu yang ana pinta. Kawallah perasaan itu sebaik mungkin.Perasaan cinta bukan perlu dilawan. Mengapa perlu dilawan perkara yang sudah menjadi fitrah? Tetapi perasaan cinta itu perlu dikawal. Disalurkan ke tempat yang betul. Dikawal supaya tidak melampau batas-batas yang telah ditetapkan Tuhan.

Mungkin setengah kita ada yang berkata, eh ana tak ikhtilat. Tanpa disedari, dia sedang berchatting dengan seorang yang berlainan jantina. Inilah adalah satu ikhtilat. Bak kata seorang akhawat dari hidayah JB , inilah yang dikatakan zina alam maya. Iaitu pergaulan melalui sms, ym ,friendster, myspace and much more…

Kadng-kadang kita tak sedar apa yang kita lakukan salah. Tapi bila kita memandang orang lain melakukannya, kita rasa dia melakukan kesalahan. Ini kerana mungkin hidup kita yang sentiasa ditarbiyyah membuatkan kita rasa seolah kita adalah baik. Jadi berhati2 dalam setiap langkan kita…

Overate diri sendiri

Apa maksud sifat over rate itu?” Belum sempat saya meneruskan, dia menyoal.

“Sifat ini yang membuatkan kita merasakan apa yang kita buat nampak
macam betul. Sedangkan bila kita tengok orang lain buat, nampak macam
salah. Walhal perbuatan tersebut lebih kurang sama sahaja. Itu yang
menyebabkan selalu saya lihat hari itu si dia pergi menegur sepasang
remaja yang duduk bersembang, tetapi esoknya saya lihat dia pula
berjumpa dengan pasangannya.

Kemudian siap bersembang dalam sms ataupun chatting di YM agak lama.
Cuma nampak sahaja seperti lebih baik, tetapi maksud dan tujuannya
tetap sama. Tetap dalam bahasa yang selalu kita panggil sebagai
’couple’. Ini kerana kita merasakan diri sendiri itu sudah terlalu
baik, jadi apa sahaja yang dibuat dirasakan sebagai tindakan yang
betul.” Saya cuba menerangkan sebaik mungkin.


Saya bukanlah melarang perbincangan agama melalui sms dan chatting di
YM. Perkara yang elok mengapa perlu dihalang. Tetapi perlulah dikawal.
Seeloknya bertanya dahulu dengan ustaz atau ustazah, sekiranya tidak
berkemampuan bertanyalah kepada rakan yang sejantina terlebih dahulu.
Jika tidak dapat juga, barulah bertanya kepada yang berlainan jantina.

Bukanlah salah kalau ia satu keperluan tapi takut-takut kita sengaja
cuba mencari ’alasan’ dengan mengadakan perbincangan agama supaya dapat
berhubung dengan si dia.

Memang perasaan sayang itu adalah normal. Tapi kawallah sebaik mungkin. Dan di umur sebegini, carilah cinta Illahi , carilah cinta Allah. Dambakan cintanya . Jadilah  muslimah solehah, muslimah bertaqwa dan muslimah harapan.

Bukankah kita suatu hari ingin menjadi pejuang Islam? Bagaimana kalau nafsu sendiri pun tidak dapat ditewaskan?? Takkan kita hanya ingin tinggalkannya sebagai mimpi sahaja. Atau impian tanpa usaha.Marilah, ana ajak sahutlah seruan jihad ini yakni jihad melawan hawa nafsu.

Pernah tak terfikir? Aduh mengapa perempuan ini banyak sangat pantang-larangnya?? Ini  kerana wanita itu sesuatu yang mahal harganya, tinggi nilainya… Bukankan sesuatu yang mahal itu perlu dijaga dek disimpan. Sepeti mutiara dalam kerang … Hanya yang berhak dan yang layak sahaja dapat melihat sinar cahayanya.

Jadi, ana pinta sekali lagi,

CARILAH CINTA YANG HAKIKI, yang membawa kita ke arah kebaikan. Yang mendorong kita ke arah kebahagiaan iaitu cinta pada  yang Esa, Allah. Bukankah sifar ArRahman dan ArRahim Allah meliputi segala dilangit dan dibumi?

Cinta yagn suci

Cinta yang suci

Cinta itu sesuatu yang suci. Ia tidak boleh dinodai dengan kemaksiatan. Tetapi perlu diraikan dalam redhaNya. Jadi berfikirlah sebelum melakukan apa-apa tindakan. Tanyakan pada yang arif jika ada apa persoalan dalam hati.

Sedikit panduan bagi yang mengalami masalah ini ,

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka
mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta
didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.
Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit
menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan.
Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan,
kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah
rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu
berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta,
syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata
meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada
kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan
mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit
ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran
al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami
memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf
itu termasuk hamba kami yang terpilih.” – (Surah Yusuf, ayat 24)


  • Ikhlas kepada Allah.
    Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah.
    Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

  • Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

  • Mengurus mata dan pandangan.
    Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”

Ana setuju dgn pendapat nih. Selama 2 tahun kat sekolah, ana tak pernah merasai benda2 cinta nih. Ana rasa kerana ghadabul bashor adalah hijabnya …

Jadi kawan-kawan, janganlah hijab kita hanya di pakaian. Tapi hijabkanlah hati dari kemaksiatan …

Sekadar peringatan untuk semua dan ana sekali …

Sepotong lagu dari kumpulan TRIO ,

Jangan mudah melafaz kasih
Kasih itu pada siapa
Jangan mudah melafaz sayang
Sayang itu untuk siapa
Jangan mudah melafaz cinta
Cinta itu pada yang Esa
Cintakan bunga, bunga kan layu
Cintakan manusia kan pergi

Entry filed under: Leteran Hannah.

BeRanEka MacaM muhasabah di sesi refleksi..

1 Comment Add your own

  • 1. i_z_h  |  December 29, 2008 at 2:49 am

    slm…
    tq krn memberi info yg ckp padat…
    moge kite dpt sering igt mengingati sesame kite..
    teruskan menyebarkn dakwah..

    Reply

Leave a comment

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Flickr Photos

Blog Stats

  • 2,255 hits

t.A.q.W.i.m

November 2008
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Top Posts