baek pnye~

hha,first of all, salamz diucapan.

post kali nie mengarot sket, sbb moderator nyer comel sgt. =P

n sbb nie kali pertama moderator berminat ngan bl0g Jauzytercinta nie.

p/s: Kepada sesaper yg berniat nak tiru , BOLEH BLAH.  n klu nak tukar sket2 la kononnyer, boleh

copy paste kat blog sendiri.

TQ.

Wahai HUMAIRA’ sekalian,

Jadilah seorang FARAH NISA dan FARHANA tetapi harus berwaspada menjaga SAFIYYAH dan SOFIAH diri.

Jalanilah hidup dengan penuh NABIELA HUDA , SHAFIQAH dan HANNAH supaya menjadi IZZAtul Islam.

Janganlah biarkan nafsu menjadi RAJA bagi diri kita dengan membiarkan AINON kita melilau2.

Bertetap teguhlah dengan DIYANA supaya kita mati dalam keadaan HUSNUl khatimah.

made by~bdk comel~

yg kini sudah sedar diri dan menyedari bahawa dirinya tidaklah berapa comel dan baek.

[ paragraph di atas ini di++ beberapa minggu selepas dipublish kerana banyak comment yg tidak senang dgn perkataan bdak comel ]

;|

sorry and thanks.

December 16, 2008 at 9:24 am 10 comments

CERITA kami!!

pic-new-0801heheh~

awal tahon we’re not anyone and anybody.semua sesama sendiri..maseh terkenang geng dpn sekali ( baris dpn skali) iaitu, safiyyah,izzah and hannah.sumenye bdk yg agak aktif dlm kelas.yg maahad dan yg tinggi sume dok blkg skalik. sape orgnye.of coz la k. husna,k. ain,humaira’ ngan sofia..kitorng yg dok blakang ni sume cam bdk matured.ye arr dok ngan akak terlanjur umur.dahla bru nk kenal..camne tk gerun.. ini adalah kami..kami adelah ini..siapa kami..karakter kami..bacelah ini..

AINON MARDHIYYAH- hehe..anak inila banat first yg sering disebut namanya dahulu kerana dia mule huruf A. anak ni dilantik menjadi k. kebersihan dlm kelas sbb sifatnya yg garang selambe..mane taknya..dyela org yg paleng tak puas hati kalau org tk tugas.kalau bnn takyah sebot arr.buat tugasan awal tahon jek.lpstu..hampeh~

hmm..K. HUSNA plak- beliau ni sifu BA kami..tk caye? tnye je pasal bA..sng2 bole jwb punye..ank emas mlmh zaleha tue..” husna..meh terangkan kt dpn ni”.ba always A.m/p laen pon ape kurangnye..mantap. k. husna gak berkuasa naqibah gak kt kelas nie..

K.  AIN-fuh..ni lagik mantap.ape2 sahaje bole dibuatnya!. presentation..ter ‘nganga2′ dibuatnya. perghh..fuh~ tp..sudah ditakdirkan di tgh2 tahon beliau terpaksa memindahkan diri ke sekolah laen..meninggalkan hira’..sedey weyh~ tak menahan.beliau juga merupakan p. kelas nie.kami disini selalu rindu k. ain.

HANNAH- heh..kanak2 nie.satu2nye kp+naqibah kt kelas kami..dyelah satu2nya banat yg ‘bersinar’ dek baju hijaunye..dek mukenye..dsb. pelajaran mantap..mmg mantap! ske buat mke kanak2 nieyh..tiap2 hari masok kelas sambel menayangkan wink2 dye uh. tak menahan kami..presentation dye bwat setaraf k. ain!

HUMAIRA”- anak kemerah-merahan ini..di kelas kelihatanya seperti gadis pingitan.kuang3~ pelik sket manusia nie.diam2 berisi..byk info yg unik dye bole tau.hahhah. kalau langsir senget sket kt kelas..dielaa yg tukang panjatnya.bg tiap2 hari langsir tegang! yelaa second tinggi la katekan ye.rabu rabu rabu rabu

FARAH NISA’- anak inieyh..ish3~ mantap! mantap! dr segi cerianya dalam kelas…bg pandangan kami..>bnt. dye telah membawa keceriaan dlm kelas..tak taula kalau pandangan pihak laen..kami tak bole membace hati~ telatah dan gayanya bercerita cukup utk menghiburkan sume.

NURUL DIYANA- ni lagik sorang bdk ceria. fuh~ melayan karenahnya tk kering gusi.sekepala ngan farah!same2 memberikan aura ceria dlm kelas. kalau present..beraninya tahap max! siap marah2 lagik.. hak3 padan muke.

NADIAH SABIHAH- tampak gayanya senyap..tp bile didekati byk point mende yg dye nk ckp! huh~ diam2 berisi gak kanak2 nie.ade kwn baek..jgn tak caye! cube teke sape..mestila org bwh nie!

NOOR FARHANA- inilah mereka! f & n.sering berpakat same2..cube teke pegi mane. pegi toilet..~ hehehheh.fana ni caring orgnye.gelaknyela yg paleng kuat.huahahaha. kwn baek gak ngan farah~ mereka bertiga best!

NUR SHAFIQAH– insan ini paling semangat belajar. sket2 bkk buku. jeles gak tgknya.heh. present??..no problemo bgnya. dia ni pikir luas dlm bab2 komunikasi nie. tak ragu2 nk sampaikan point..heh~ semangat la katekan yee.

NURUL ‘IZZAH- ni paling best! bermotivasi! ade potensi utk menjadi motivator yg berjaya.karekternya yg disenangi sume org sgt menghiburkan.sering mengingatkan kami soal pencipta.tak lekang lidahnya dek menyampaikan ilmunya utk dikongsikan ngan sume org..perubahan yg ketara dialaminya berbanding taon lps! hehheh. izzah ye izzah~

SOFIAH- ha! nila dye pengganti takhta k. ain. penolong kelas 2 slpas turunya takhta k. ain sbg permaisuri kelas.. huih~ tegas!cukup menggerunkan kami..tp senang dibawa berbincang hahhah. suke bekepit ngan org yg same saiz ngan dye. duduk pon sebela2 je dlm kelas. pi tandas ke memane ske ajak insan tue. kadang2 tuka org gak arr.heh~ceria gak kanak2 ni sebanrnye..

SAFIYYAH- insan yg bername safiyyah ini pon disenangi sume org gak walaupon riak mukenye cam malas nk alu2 kan kedatangan sume org. takdelaa.. you’re always in our heart~ENGLISH nye mantap. kamus bergerak boleh kate.  rujukan pertama adelah dye.. lebeh senang ngan karakter comelnya.paleng rapat ngan hannah ngan Izzah~

RAJA NUR IZZATI– haaaaaa~ merdu suaranya. hehheh radio kelas.. kalau dye tgh ceria..sume org dye kaco! kalau tgh tension dont’ disturbing her~ warning nie… dye nilaa satu2 nye bdk form 2 pure yg jadik sarjan kt kelas kitorng..tegas dan mempunyai fizikal kuat! GO! GO! RAJA!

lastly..NABILA HUDA- peribadinya same padan ngan namenye btol tak? kwn ngan dye sure bes! sentiasa bersedia mendengar masaalah. ape2 hal..” huda..~ kte ade problem” ” eh citela..kte sedia dgr” fuh kata2nya yg berbunga dan body signal dye cukup best!.hehheh. bdk baru nie..bru masok bln 7 haritu.asal johor katenye.dulu skola hidayah kt sane.

PENGUATKASA KELAS:

ketua kelas: abdul azim azidin     penolong: nur ain abdullah—sofiah j.

keceriaan: amin ismail                  kebersihan: ainon mardhiyyah

bendahari 1 : hussein lee                bendahari 2: husna salleh

naqib/naqibah– 4 org

sarjan- 3 org

ketua pelajar/ kp– 3 org

pustakawan- 4 org

KEJAYAAN-banat sahaja

no. 2 perlawanan BOJA

dua bln berturut2 OGOS-SEPT menang kebersihan kelas..

choral speaking- tempat last*

* coretan ini dibuat utk merakamkan memori2 kite sewaktu remaje. jgn ade salah faham dlm post kali ini.ingatlah bahawe..betapa pentingnya kenangan sewaktu remaja utk dibawa ke tua.~~ wassalam

December 11, 2008 at 4:56 am 5 comments

Siapa kalau bukan kita???

Suatu ketika sebelum peperiksaan …

Kisah ini berlaku sebelum peksa Sains , ketika itu beberapa pelajar banat duduk di sekeliling meja Raja untuk berbincang mengenai sains. Tapi perbincangan itu berlaku pada awalnya sahaja, akhirnya melencong ke tajuk lain …

Eh, jap lupa nak bagitau. Sori kalau ada unsur politik sikit. Sebenarnya takdelah sangat, nak fokus pada benda lain. Apepon ambik pengajarannya.

SAfiyyah memulakan “Eh, pernah tak dengan lagu negarakuku?? Alah, yang sorang bdak china bwat . Lepastu die kene denda apentah sebab dalam lagu tuh ada macam kutuk2 negara…”

Farahnisa’ menambah , “Eh entahlah. Eleh sekarang nih tengoklah. Macam2 dah berlaku. Uishh tak tau nak cakap apa…Kerajaan sekarang..tuut…tutt…” , lama gak die membebel

Hannah membalas, “A’ahkan, CAmne nih? Kalau pemimpinnya rosak, macammana plak dengan orang yang dipimpin ?? ”

Izzah memberi respon “Tengok je lah kat remaja nye pon. Hancur .Macam2 kes berlaku …”

Sofiah turut berkata “ERm, dahlah banyak budak melayu. Buat malu kaum je!”

Akhirnya, semua [sume yang kat meja tue je lah] memberi pendapat masing2. Lama gak berbual. Amboi, kutuk sana, sini..

Hannah bertanya  “camne boleh jadi camnie (ape jenis soalan laa) ??”

Nabila Huda bersuara, “tengoklah apa yang KITA tengah buat sekarang…”

Akhirnya semua tersentak . Memandang antara satu sama lain dan terus senyap sambil meneruskan pembelajaran.Haha, yelah kita mengata sakan lah..Tuelah , inilah. Tanpa disedari, patOtnya waktu tue guna untuk belajar, bukannya untuk berbual. Kita kata mcm2, tapi tanpa kita sedar, kita hampir mengabaikan pelajaran. CAmne nak bangkit ISlam kalo camnie?? Aduih, terima kasih Huda, ayat tue akan lekat sampai bila2 …

ERm, jadi kalau kita sedar [Alhamdulillah] bahawa dunia ni  berada dalam tahap kehancuran + kerosakan. sO it’s up to us now. SAme2lah kt mengislah diri demi masa depan …

Sedikit perkongsian , same2 muhasabah …

Dr. Abdullah Nasih Ulwan

Ya Allah, Sediakan bagi ummat ini para pemuda yang mempunyai keazaman, pengorbanan dan jihad seperti orang-orang terdahulu sebelum mereka. Semoga merekalah orang-orang yang akan mengembalikan kekuasaan daulah Islamiah, kemuliaandan keagungan bagi ummat Muhammad.”

Syeikh Mustafa Masyhur

Kita merasa cukup gembira melihat bunga yang sedang mekar itu (generasi muda). Kita benar-benar menghargai, menyanjungi dan menyintai mereka dan kita bertanggungjawab terhadap mereka. Kita wajib mengemukakan pengalaman-pengalaman kita supaya mereka bermula di mana kita telah sampai, supaya sempurnalah percantuman di antara dua generasi. Generasi yang telah tua dan generasi yang baru muncul. Kelak diharapkan mereka mewarisi amanah ini secara keseluruhan, kemurniaanya dan iltizam dengan kitab Allah s.w.t. serta sunnah Rasullah s.a.w. juga sunnah salafussoleh r.a.”

As-Syahid Imam Hassan Al-Banna

Sesungguhnya aku amat merindui seorang pemuda yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummat.”

Muhammad Ahmad Ar-Rashid

” Golongan muda yang suci hatinya dari segala noda,bersih hatinya dari segala dosa dan menjauhi adat lapuk pusaka usang jahiliyah. Mereka dididik dengan didikan islam yang sebenar dan akidah tauhid yang sejati dan kemuliaan Islam serta berada di dalam barisan yang bersatupadu dan tersusun.”

Ibnu Syihab Az-Zuhry

Jangan kamu rasa rendah diri kerana mudamu.”

Dr. Abdullah Azzam

Saudaraku yang terhormat.Sesungguhnya jihad adalah rangkuman daripada kesabaran, kemantapan ,istiqamah dan tahan dalam menghadapi berbagaimacam tentangan.Hendaknya engkau selalu bertaqwa dan berzikir.”

Jadilah kita pemuda KAHFI di zaman moden.

Dicelah-celah zaman yang penuh dengan kerosakan dan kefasadan ini, kezaliman berleluasa dan kemaksiatan bermaharajalela , masih terdapat insan-insan pilih Allah swt yang amat tinggi pegangan Agama mereka. Di dalam kesibukan masyarakat kepada dunia yang penuh dengan penipuan ini, mereka tetap dan teguh pada keyakinan da keimanan mereka kepada Allah swt.Merekalah pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi yang iltizam (komited) mendirikan solat berjemaah 5 waktu sehari semalam. Mereka bersungguh-sungguh menjaga akhlak dan keperibadian mereka dan diri mereka dihiasi dengan akhlak islamiyah.

Di waktu rakan-rakan yang sebaya dengan mereka leka dan bergembira di kelab-kelab hiburan dan panggung wayang serta tempat berpeleseran, mereka sibuk dan khusyu mendengar dan menghayati ceramah-ceramah pengajian agama. Hati dan jiwa mereka terpaut jatuh cinta kepada majlis-majlis itu. Ia umpama taman-taman syurga. Dengannya , hati mereka bersinar dan jiwa mereka bercahaya. Di majlis itu penuh dengan kebaikan, keistiqamahan,kemuliaan dan zikir kepada Allah swt.Di taman damai inilah , mereka bertemu pemuda-pemuda dan saudara-saudara mereka yang berpegang teguh pada iman dan taqwa. Mereka bertemu dengan orang-orang yang sentiasa memelihara solah lima waktu secara berjemaah, taat penuh kepada Allah swt dan RasulNya. Mereka berkumpul dan bersatu kerana Allah swt dan ketahuilah mereka hidup ‘bahagia’ bersama….

Tatkala , remaja-remaja lain gemar dan seronok membaca majalah-majalah pisican ,murahan dan berunsur lucah, mereka ini pula asyik dengan dunia bacaan mereka tersendiri. Buku-buku dan bahan bacaan mereka adalah Al-Quran , Hadis Rasulullah ,Buku-buku Sirah Rasulullah, kitab-kitab agama dan buku-buku karya ulamak muktabar. Inilah teman dan sahabat kecintaan mereka. Buku fikrah islam sebagai sahabat dan teman dampingan. Teman yang tidak pernah menipu.Dengannya, mereka dididik dan diasuh dengan asuhan rabbani.

Mereka sangat suka mendengar alunan-alunan merdu bacaan Al-Quran dan nasyid-nasyid islamik. Mereka memasangnya dimana sahaja mereka berada. Di dalam rumah, berkumandanglah irama merdu nasyid yang mengajak kepada mengingati Allah dan seruan nasyid menyemarakkan roh jihad. Jiwa mereka sentiasa berhajat kepada hiburan islamik dan mereka tenangnya dengannya. Di dalam kereta, alunanAl-Quran menjadi pilihan. Siaran radio yang tidak syara’ ditolak ketepi.Mereka takut mendengarnya, bimbang Allah murka. Di tempat belajar dan bekerja, nasyid yang syara dipasang sebagai tatapan dan penyegar halwa telinga.

Mereka tidak sama seperti remaja-remaja yang lalai. Sukakan nyanyian –nyanyian dan lagu-lagu yang melalaikan dan menjauhkan diri daripada rahmat Allah swt.Nyanyian artis-artis yang mendedahkan aurat, artis yang hidupnya rosak dan tidak diberkati oleh Allah swt. Lagu mereka secara terangan merosakkan dan menghancurkan keperibadian mukmin sejati.Lagu yang berunsurkan pemujaan syaitan dan mensyirikkan Allah swt. Ketahuilah, kehidupan seorang artis adalah kehidupan yang tidak soleh. Kehidupan yang penuh dengan tipu daya.. Usahlah rasa kagum dengan mereka…..

Wahai saudara yang budiman, inilah mereka!! Beginilah kehidupan mereka.Berzikir, membaca Al-Quran,solah lima waktu berjemaah , berakhlak mulia dan mereka sentiasa tenang dan damai… Itulah kehidupan pemuda K.A.H.F.I di zaman moden ini.Walaupun dunia sebegini teruk dan rosak, mereka tetap dengan keyakinan mereka. Inilah mereka. Anda pula bagaimana?

sumber : http://ukhwahfillah.wordpress.com/

November 18, 2008 at 12:36 am Leave a comment

ziarah Kami~~

wahai sahabat2ku..ziarahlah saudaramu walaupun hanya di alam maya.cume nk announce antara bdk jauzy yg ade blog.hehheh>:

http://www.shafiqahzul.blogspot.com/

http://www.hidupiniluas.blogspot.com/

http://www.ghurabaa786.blogspot.com/

yg laen kalau ade gak..announce la kt sine yerk..safiyyah ke..sape2 laa..

oke..uhibbukifillah!~

November 16, 2008 at 1:32 pm Leave a comment

eyqah! nk gambar time jamuan!!~

salam alayk..

teringat satu time nieyh..kitorang buat jamuan yg tak dirancang!! malam nk prep tue (bile ntah) fana or nadya ade bawak piza..kebetulan safiyyah plak bawak bubur..ika bwk kamera..ape lagi kitorng pon otomatis malam tue buat jamuan dlm kelas laa!!.

syok dasyat malam tue mule2 kitorng mintak izin dr kp (hannah) utk makan dalam kelas same2.mule2 hannah cam..hmm ntahla dye..tp last2 dye benarkan! kitorang pon yay!!~.jom2 cepat3. dyana beli ais! ape lagi..bkk hadiah air soya tuu tuang!! wuuhh..cepat2 amek mknn dlm dulang..kang dah isyak tak sempat kemas balek kelas nieyh..nnti nk prep! desak mayra’.nnti jom kemas kelas same2 au ujar mayra’ kpd golongan2 abc jauzy.

dah..apelagi..susun meja ni membentok cam benteng.supaye tak terkantoi sgt ngan org len yg kitorng mkn dlm kelas.kebetulan jugak malam tue ahli kelas sume cukup.kitorng pon makan2 dan makan.lepas je mkn fana kuarkan pizza..syiok la kitorng.ade sweet moment yg tk dirancang tueh!

lepas abes makan minom! minom! minom!.and then puas amek2 gamba..candid seyh..dah puas makan..puaskan pulak diri ngan kemas kelas ngan basoh dulang..golongan2 abc mula melakukan tugas mereka. basoh pinggan..susun meja,selesai kemas kelas..sesi prep bermula..tp itulah kenangan yg tk dpt dilupakan..kitorng sume semangat2 time tueh..heheh

 

November 16, 2008 at 2:18 am 3 comments

Penubuhan Trio + Choral Speaking

Salam ‘Alayk,

Akhirnya ditulis di sini satu pengalaman yang mengandungi 1001 kenangan dan 1001 pengajaran. Satu peristiwa yang melibatkan semua banat jauzy iaitu Pertandingan Choral Speaking di hari karnival. Mengapa ana pilih persitiwa ini? Sebab byk sgt iktibar yang boleh dikutip dari cerita ini. Saksikanlah …

Pertandingan Choral Speaking melibatkan semua kelas form one dan form two, tidak ada yg DIKECUALIKAN. Jadi semua pelajar banat jauzy yg comel + kiut +gmOk + tinggi serta gebu ?? (mayra’ yg kata ) , akan berlatih pada malam hari di kelas mereka, ini tidak dikecualikan untuk pelajar Jauzy …

Erm, bila bab-bab yang berkait rapat dgn kerjasama nih, uishh mesti ada problem punya ..Hihi jgn marah. Apepon, adalah ahli jauzy yang sibok. Macam Izzah, sibok dengan Persatuan BI , yelah spelling bee lah, spelling ant dan macam2. Safiyyah plak, aduh, AJK Kelab KLRC, jadi sibok plak dengan pameran KLRC . Pameran yang dimana ada lukisan Hannah 🙂 , Humaira, Shafiqah dan ramai lg …

Sambong balik citer, jadik suasana latihan tueh sangatlah tegang + moody = tension ! Memang stress habis. Ada yang marah2, maki2 , aduih … Nih banat plak tue . Tiba2, ada ahli klass kitorang yang dorm dia pun kene buat persembahan. Jadi diorang mohon nak balik awal. Apalagi, tambahlah tension kitorang memikirkan bila nak buat latihan …

Masa latihan plak, “Huishh, korang ni, serious la sket! MAIN-main je! Bila nak mantap?!?!” kata sorang ni dgn nada marah. “Lek ah, jgn marah. Jgn serious sangat” bantah plak sorang nih. “DAHLAH TUH! Cuba dgr ketua cakap apa. Ni main2, Ni Hannah ngan Diyana, cuba serious…” Alamak terkena plak. Ada plak melawan, “Wei, Sofiah, cuba bg arahan jelas sket!!!”… “Shafiqah, dahlaa !”…”Raja, janganlah bad mood”..Itulah kondisinya semasa latihan. Haha, nama tuh saja bubuh, jangan marah ye!  Mana tak tension, semua bad mood. Eh tak semua . Ainon happy jer . 🙂 Farah? Gelak tak boleh bla (bak kata kakaknya)

Tiba2 datang seorang hamba Allah yang penuh motivasi dan semangat yang tinggi bernama Izzah. Masa tuh, beberapa balik dorm. Jadi tinggal hampir separuh, HAMPIR je. Izzah, yang melihat kawan2nya berasa sedih, maka dia pon berazam untuk menceriakan suasana. “Eh jom nyanyi! Senyum… Senyum… Senyum.. Senyum.. Senyum… Senyum ..Seyumlaaahhh”.. Lalu ramai yang join. Tapi ada sorang yang masih sedih.Kemudian Izzah menyambung, “Senyumlah wahai cik adik molek…”Ramai yang tergelak. Tak tau kenapa. Mungkin gaya Izzah kot .

Lalu, suasana bertukar menjadi ceria + gembira . Kemudian Izzah, Hannah dan Raja , berdiri di atas kerusi dan menyanyikan mcm2 lagu. Ada lagu Ainul Mardiyah, Balqis .. Hihi, jangan ikot, tak muslimah langsung! Lalu mereka menamakan kumpulan mereka sebagai TRIO . Raja , jadi penyanyi solo. Izzah, jd penyanyi ape ek, suara latar. Hanna, yg tak reti nyanyi jd ape eh, akapella …Padahal dia tak reti buat pon! Tercipta lah sejarah baru.

Akhirnya semangat baru Jauzy tercipta. Mereka pon mendapat nikmat hammasah . Lalu mereka berlatihlah dengan beberapa orang. AinOn kata, “Hihi bila sikit apsal mcm happy jer. Mungkin tak de orang tu kot..”Lalu ramai yang berkata “AINON!” hihi …

Akhirnya, Hari Karnival tiba.. Alhamdulillah, K.Ain datang. Jadi semua orang dapat melepaskan rindu. Ada tangkap2 gamba. Boleh plak melepak, padahal sekejap lagi pertandingan nak bermula. Kitorang pon berlatih sket.FArah dgn muka blurr pon terus blur. Time nie huda takde lagih 😦

Tibalah pertandingan yang mendegupkan semua jantung, yang memberhentikan denyutan nadi. Mendebarkan hati semua peserta. Tibalah, banat Jauzy mempersembahkan choral speaking.. Fuiyoo~ Endingnya sangat menyentuh setiap kalbu. Mencengkam setiap jiwa. Wahh, jiwang plak.Melepaskan rindu dekat k.Ain sampai ada yang kata nih choral speaking ke jamuan pelepasan?? Akhirnya malam tueh keputusan pon diputuskan… Teng,teng,teng ~ Jauzy mendapat tempat …. terakhir… Alhamdulillah, asalkan ada tempat. Daripada takde. Ni kata seorang yang selalu berfikiran positif. Erm, hasil nya sangat ‘mengkagumkan’.. Tetapi, nape entah, banat jauzy macam tak sedih. Lagpon, masa persembahan tu ade sekat2, ade lupa dialog, ade yang salah gaya.. Hihi, Allah bagi yang terbaik~ Tqpi takpe, pertandingan kebersihan bulanan, kitoang conquer eh?? Ok guys, jgn merajuk .

Itulah kenangan yang mengandungi mcm2 nilai dan pengajaran. Macam komsas lah plak. Pengajaran dia, kalau nk buat yang terbaik, perlulah banyak berlatih. Dan jangan byk main, serious pon ada tempatnya. Dan last skali, nasyid boleh menghiburkan. Mcm lirik kump. apenta “Berhibur tiada salahnya, kerna hiburan itu indah …”

Sedikit perkembangan TRIO

Kumpulan TRIO kemudiannya aktif. Mereka ada membuat persembahan semasa perjumpaan mas’ulah F2, di mana mereka menyanyikan lagu ‘Keroncong Kasih’. Tapi akhir2 ni kelibat mereka seperti tiada. Apakah mungkin ada masalah diantara mereka? Adakah ada perkara yang berlaku menyebabkan mereka hilang? Mungkinkah mereka tidak mahu hidup dalam dunia media?? Saksikanlah untuk mengetahui gossip terbaru mereka. Ahakss , just kidding .

Tapi, diorang kata mungkin taOn dpn (2009), mereka akan meneruskan kegiatan mereka. Tapi bukankah masa tu F3 ? Sbok ngan PMr. Apepon.. Nantikanlah ~

November 15, 2008 at 2:40 pm 4 comments

muhasabah di sesi refleksi..

muhasabah..

 

malam rabu sebelum balik rumah esoknya..

-ingat tak sesi refleksi yang kitorang buat ngan banin malam tu. korang cube tak utk abdikanya atau cari penyelesaian melalui apa yang dinyatakan.so,,sekarang ni nk ulang balik ( bkn bermaksud nk ulang perkara lepas..). cume nk ulang utk korang amek inisiatif sendiri mengenai serba-sedikit yang ditulis dalam sesi tu drpd ..b****n kpd kite..b***t.

 

  • first..diorang tegur pasal aurat kitorang..means “suara”.ana tak tuduh sesapa..kadang2 ana pon bising.memang tak dinafikan lagi.perempuan is actually memang banyak mulut.macam yg hannah ckp mengenai topik dia.benda ni pon sama gak.tak perlu dilawan..tp perlu dikawal.kerana kalau menda ni tak dikawal..ianya dapat mengundang macam2 masalahyang korang sendiri tak tahu akibatnya..antaranya :-
  1. menimbulkan perasaan hilang percaya lelaki kpd wanita.perkara ni amat serius..apa jadi kalau hilangnya kepercayaan yang selama ini diletakkan pada diri kita..fikirkanlah.
  2. kedua ianya amat dasyat.ianya iaitu mencalarkan maruah kita sebagai seorang perempuan!! sbb selama ini perkara yang kita selalu pelajari dalam kelas antaranya pasal aurat.jd diboldkan juga disitu pasal suara.sbb menda ni kalau “salah nada” membolehkan syahwat lelaki…^&%$&*000.hmm..

perkara ini sebenarnya boleh bawak manfaat dan keburukan.dalam menggunakan sebagai kebaikan ialah berkomunikasi ‘mesra’ dgn kawan2  jika mempunyai suara.Allah menyifatkan manusia ada suara supaya dpt berkomunikasi dan mensyukuri nikmatnya.ttp diingatkan kalau ingin menggunakan kpd lelaki..mestilah ada 3 perkara nie iaitu..ada keperluan..suara mesti tegas..tunduk pandangan..

*itulah serba sedikit yang ingin saya kongsikan..harap dpt sama2 berfikir sejenak tentang ini.ingat..suara kita adalah mahal.kerana ianya adalah khusus utk seorang lelaki yg bergelar suami. bkn lelaki lain,melainkan mahramlaa..

 

merenung..

November 14, 2008 at 11:13 am Leave a comment

Tolong, tolong dan tolong!

Seperti biasa, ana mulakan kalam dengan Assalamualaikum …

Seindah mawar berduri

Seindah mawar berduri

Entah mengapa, seharusnya blog ini mengisi kenangan-kenangan yang pernah dilalui oleh akhawat jauzy. Suka duka yang pernah dirasai bersama. Segala cubaan dan dugaan beserta halangan yang ditempuhi sentiasa. Tapi kini, blog ini dihiasi dengan tazkirah  bagi manusia kerana sering lalai dan terlupa …

Tapi tidak mengapa, bagi analah (kalau ade tak setuju, komen je) , sebab ada satu perkara yang ana nak selesai sebelum melangkah taon depan. Satu fenomena yang menimpa kaum hawa di jauzy iaitu gejala ikhtilat. Ana sedih bila melihat ada yang tidak sedar bahawa dirinya dihanyut dibawa arus nafsu remaja yang kian bergelora. Ketahuilah wahai sahabatku , di umur inilah kita merasakan diri seolah2 sudah dewasa dan mampu berfikir dengan matang ,tapi sedarlah kadang2 jiwa remaja inilah yang kuat memberontak …      Maka dengan apakah mampu ditentang masalah itu? Jawapannya, IMAN YANG KUAT . Tetapi berapa ramaikah yang memilikinya ??

Jauhi ikhtilat ...

Jauhi ikhtilat ...

Entah mengapa , hari ini ku dapat rasakan ramai kawanku yang terjebak dalam permasalahan ini tanpa disedari oleh mereka . Sebenarnya, ana ingatkan antunna dah matang dalam hal nih, tapi mungkin emosi mengatasi kewarasan akal.

Ana tak kata perasaan ingin disukai atau menyukai itu adalah salah. Masa remaja tentunya masa yang penuh dengan gelora perasaan kerana ia
merupakan transisi menuju dewasa. Tidak kiralah mereka itu aktivis
dakwah atau pun tidak kerana perasaan ingin menyayangi dan disayangi
itu adalah fitrah. Tumbuh secara semula jadi dalam diri.

Tapi hanya satu yang ana pinta. Kawallah perasaan itu sebaik mungkin.Perasaan cinta bukan perlu dilawan. Mengapa perlu dilawan perkara yang sudah menjadi fitrah? Tetapi perasaan cinta itu perlu dikawal. Disalurkan ke tempat yang betul. Dikawal supaya tidak melampau batas-batas yang telah ditetapkan Tuhan.

Mungkin setengah kita ada yang berkata, eh ana tak ikhtilat. Tanpa disedari, dia sedang berchatting dengan seorang yang berlainan jantina. Inilah adalah satu ikhtilat. Bak kata seorang akhawat dari hidayah JB , inilah yang dikatakan zina alam maya. Iaitu pergaulan melalui sms, ym ,friendster, myspace and much more…

Kadng-kadang kita tak sedar apa yang kita lakukan salah. Tapi bila kita memandang orang lain melakukannya, kita rasa dia melakukan kesalahan. Ini kerana mungkin hidup kita yang sentiasa ditarbiyyah membuatkan kita rasa seolah kita adalah baik. Jadi berhati2 dalam setiap langkan kita…

Overate diri sendiri

Apa maksud sifat over rate itu?” Belum sempat saya meneruskan, dia menyoal.

“Sifat ini yang membuatkan kita merasakan apa yang kita buat nampak
macam betul. Sedangkan bila kita tengok orang lain buat, nampak macam
salah. Walhal perbuatan tersebut lebih kurang sama sahaja. Itu yang
menyebabkan selalu saya lihat hari itu si dia pergi menegur sepasang
remaja yang duduk bersembang, tetapi esoknya saya lihat dia pula
berjumpa dengan pasangannya.

Kemudian siap bersembang dalam sms ataupun chatting di YM agak lama.
Cuma nampak sahaja seperti lebih baik, tetapi maksud dan tujuannya
tetap sama. Tetap dalam bahasa yang selalu kita panggil sebagai
’couple’. Ini kerana kita merasakan diri sendiri itu sudah terlalu
baik, jadi apa sahaja yang dibuat dirasakan sebagai tindakan yang
betul.” Saya cuba menerangkan sebaik mungkin.


Saya bukanlah melarang perbincangan agama melalui sms dan chatting di
YM. Perkara yang elok mengapa perlu dihalang. Tetapi perlulah dikawal.
Seeloknya bertanya dahulu dengan ustaz atau ustazah, sekiranya tidak
berkemampuan bertanyalah kepada rakan yang sejantina terlebih dahulu.
Jika tidak dapat juga, barulah bertanya kepada yang berlainan jantina.

Bukanlah salah kalau ia satu keperluan tapi takut-takut kita sengaja
cuba mencari ’alasan’ dengan mengadakan perbincangan agama supaya dapat
berhubung dengan si dia.

Memang perasaan sayang itu adalah normal. Tapi kawallah sebaik mungkin. Dan di umur sebegini, carilah cinta Illahi , carilah cinta Allah. Dambakan cintanya . Jadilah  muslimah solehah, muslimah bertaqwa dan muslimah harapan.

Bukankah kita suatu hari ingin menjadi pejuang Islam? Bagaimana kalau nafsu sendiri pun tidak dapat ditewaskan?? Takkan kita hanya ingin tinggalkannya sebagai mimpi sahaja. Atau impian tanpa usaha.Marilah, ana ajak sahutlah seruan jihad ini yakni jihad melawan hawa nafsu.

Pernah tak terfikir? Aduh mengapa perempuan ini banyak sangat pantang-larangnya?? Ini  kerana wanita itu sesuatu yang mahal harganya, tinggi nilainya… Bukankan sesuatu yang mahal itu perlu dijaga dek disimpan. Sepeti mutiara dalam kerang … Hanya yang berhak dan yang layak sahaja dapat melihat sinar cahayanya.

Jadi, ana pinta sekali lagi,

CARILAH CINTA YANG HAKIKI, yang membawa kita ke arah kebaikan. Yang mendorong kita ke arah kebahagiaan iaitu cinta pada  yang Esa, Allah. Bukankah sifar ArRahman dan ArRahim Allah meliputi segala dilangit dan dibumi?

Cinta yagn suci

Cinta yang suci

Cinta itu sesuatu yang suci. Ia tidak boleh dinodai dengan kemaksiatan. Tetapi perlu diraikan dalam redhaNya. Jadi berfikirlah sebelum melakukan apa-apa tindakan. Tanyakan pada yang arif jika ada apa persoalan dalam hati.

Sedikit panduan bagi yang mengalami masalah ini ,

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka
mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta
didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.
Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit
menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan.
Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan,
kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah
rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu
berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta,
syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata
meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada
kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan
mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit
ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran
al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami
memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf
itu termasuk hamba kami yang terpilih.” – (Surah Yusuf, ayat 24)


  • Ikhlas kepada Allah.
    Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah.
    Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

  • Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

  • Mengurus mata dan pandangan.
    Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”

Ana setuju dgn pendapat nih. Selama 2 tahun kat sekolah, ana tak pernah merasai benda2 cinta nih. Ana rasa kerana ghadabul bashor adalah hijabnya …

Jadi kawan-kawan, janganlah hijab kita hanya di pakaian. Tapi hijabkanlah hati dari kemaksiatan …

Sekadar peringatan untuk semua dan ana sekali …

Sepotong lagu dari kumpulan TRIO ,

Jangan mudah melafaz kasih
Kasih itu pada siapa
Jangan mudah melafaz sayang
Sayang itu untuk siapa
Jangan mudah melafaz cinta
Cinta itu pada yang Esa
Cintakan bunga, bunga kan layu
Cintakan manusia kan pergi

November 14, 2008 at 10:13 am 1 comment

BeRanEka MacaM

Ahh, di kala ini komputerku berada dalam keadaan kritikal. Perlukan rawatan dari pakar elektronik. Internet sekejap ade, sekejap takde. Tapi takpe, dgn usaha yang gigih, jiwa yang kental, hati dan tabah, ku mengharungi semua ini untuk menyampaikan sedikit pesanan kepada semua jauzirians. Biarlah ku tabahkan jari jemariku untuk menari di atas pentas kekunci supaya seua hadirin dan penonton di rumah dapat melihat (membaca) tarian yang diiringi irama melodi nukilan hatiku yg sarat dgn pengajaran …

Sebenarnye, ana nak selit satu gamba buatan sendiri …Tapi malangnye kan ana dah cakap (tulis) komputer rosak. Nanti bile dah sihat sikit, baru ana letak …

Apepon disebabkan tak nak melihat antunna hampa, ana letakkan sedikit nasihat …

Ingin disini ku coretkan sedikit peringatan untuk kepada jiwa yang bergelar mukmin kerana peringatan bg orang mukmin itu memanfaatkan. Dikelilingi saujana terindah mengisi ruang mata  , semangat untuk menulis kian membara. Semoga ape yang dicolet ini bakal mendominasi benak fikiran antunna …

Bagaimana cuti yang hampir seminggu? Adakah setiap jam, minit , saat dan detik sentiasa diisi dengan perkara yang membawa kebaikan? PErkara yang mendatangkan rahmat dan redhaNya? Ataupun masa kite diisi dengan perkara yang membawa kemurkaanNya? Ana disini tidak nampak apa yang sedang antunna lakukan. Ana taklah perfect , tp sama2 kite lemparkan soalan ini kepada kita , Adakah kite tergolong dalam orang yang rugi seperti yang disebut dalam surah Al-Asr ??

Sebelum menjejak langkah ke 2009 , marilah kita melihat kondisi iman kita. Masihkah lisan kita berzikir padaNya? Masihkah akal kita sedang memikirkan kebesaran dan keagunganNya? Masihkah hati kita sedang mengingatiNya? Masihkan mata kita menitiskan air mata kerana mentangisi dosa2? MAsihkan badan kita menunaikan ibadah khusus dengan penuh khusyuk dan rendah diri??

“Ya Allah, lemahnya iman kami! Cuti yang seminggu ini sudah merobek imanku , meranapkan jiwaku…Ya Allah yang Maha PEngasih dan PEnyayang, janganlah Engkau berpaling dari melihat kami walau sekelip mata. Kami adalah hambaMu yang lemah, tidak berdaya. Tetapi di dalam hati kami tersimpan keinginan untuk membangkitkan Islam suatu hari. Jadi jgnlah Engkau tapiskan kami dari jalanMu… Bariskanlah kami dengan para siddiqin, syuhada’ , solehin dan nabiin…Ya ALlah, jadikanlah kami tenteraMu …Berikanlah kami kekuatan untuk sentiasa thabat di jalanMu, berikan kami kekuatan untuk melawan hawa nafsu yang sentiasa mengajak kami ke nerakaMu…Ya Allah, sinarilah hati2 kami dengan tazkirahMu andai kami terleka , terlalai dari mengingatimu, Ya Allah …”

PEringatan ini sedikitsebanyak untuk antunna dan ana sendiri yang kadang2 terleka dari dunia. Kadang2 manusia yang bersifat nisyan ini terlupa objektif kita hidup di dunia ini .

Jika Imam Hassan Al-Banna ditanya siapakan beliau, maka beliau menjawab “Sesungguhnya solatku, ibadahku ,matiku, hidupku adalah kerana Allah,Tuhan sekalian alam” …

Menunjukkan betapa penghambaan dirinya kepada tuhan. Ketahuilah, Allah menyintai hambanya yang menghambakan diri sepenuhnya kepadaNya, kerna itulah Rasulullah S.A.W adalah kekasih yang paling dicintaiNya. Rasulullah yang agung itu sentiasa bersifat merendah diri kerana Baginda merasakan dirinya adalah hamba kepada tuhan …

Itulah sedikit peringatan daripada ana. Ana bukanlah yang paling hebat untuk berbahas . Tapi diri yang kerdil ini tidak mahu sedar sendirian. Dengan ukhuwwah yang terbina di antara kita, ana harap semua dapat rasa ape yang ana rasa… Sekian, salam ‘alayk…

November 11, 2008 at 2:05 pm 2 comments

Nak kongsi satu cerita benar..

ianya berlaku selama seminggu sblum balik ke rumah sempena cuti akhir tahun..

       angin petang menerobos masuk melalui tingkap..membelai pipi lembut milik seorng wanita yg sedang duduk di katil bernombor 3 dorm ummu habibah.di hatinya kelihatan ‘excited’ kerana dikhabarkan ibu bapanya akan datang dalam masa terdekat itu.”hmm..nnti kalau dah dapat kamera nk tangkap gambar dorm,kawan-kawan,usrah..dan tak lupa gambar kelas!”.tiba2 hatinya tersentak.nalurinya berbicara.huh, umi dah sampai…(kedengaran bunyi kereta yg amat dikenalinya baru sahaja melepasi pagar hijau aspuri..)

          lantas dia bergegas bersiap menyarungkan jubah hitam dan memakaikan sepasang stokin kesayanganya di kedua kakinya yg comel.lantas mencapai serkup dan tudung cream miliknya..ghairah! tak sabar nk jumpa umi dan abi. sepanjang perjalananya ke luar aspuri..hatinya berzikir..”nk kamera! nk kamera! nk kamera.”  uminya berada di depan mata..kedengaran satu pengumuman-“perhatian kpd pelajar banat…….sila hadirkan diri kehadapan bilik warden kerana bapa sedang menunggu”.dia bersalaman dgn ibunya lalu tertawa kecil..”umi lain kali takpayah panggil kt bilik warden..naluri amai dh cukup nk bgtau umi dh sampai..” menggelarkan dirinya dgn panggilan mesra..’amai’.

              puas dia bersembang bersama ibu bapanya..tentang periksa,sekolah,kawan2 dsb.bapanya bersuara “abi nk pegi balik kampung nie..sebelom tu singgah sini..”.anaknya menanyakan pdnya..”kamera?”.sambil menyeluk poket, abi mengeluarkan sekantung bekas yg berisi kamera.anaknya mengagak yg itu pasti berlaku.hati kecilnya bersuara..”alhamdulillah..Engkau tunaikan permintaan aku”.”amai jaga kamera ni elok2 tau..jgn sampai hilang,kalau tak..”.”oke2..amai simpan kt mentor amai..abi jgn risau.. “.bapanya tersenyum..”bagusla,nnti balik, abi nk balik tau..”.”oke”.perbicaraan yg ringkas itu berakhir di situ..tanpa perlu bersoal panjang..amai menggenggam erat jari-jemari ibu dan bapanya dan mencium dgn ciuman yg paling sweet kpd kedua tgn tua itu.

2 hari kemudian..

          “k. mayra’, nk tengok kamera”.”alla..kite da simpan kt muallimah laa..”.tiba2 seorang kakak menyapa dari belakang..”mayra’! esok kalau awak nk mintak kamera dari muallimah..mintakkan kite punye jugak tau..”.amai menjawab “okey!”.

           keesokanya dia merancang utk mengambil gambar teman-temanya ketika peperiksaan sedang dijalankan dan hatinya kecewa,kerana pabila dia ingin menuntut kamera tersebut dari mlmmh,mualimmah memberikan jawapan yg sangat melukakan hatinya..”erk..nk sekarang ke..muallimah tertinggal kamera tu kt umah”.”takpela muallimah,malam ni saye tuntut.”

           malam itu dikhabarkan prep berjalan sehingga pukul sepuluh sahaja.sesi refleksi dijalankan diantara banin dan banat.seusai habis prep,mayra’ bergegas ke rumah muallimah utk meminta kamera.setibanya di pintu rumah, dia mengetuk dgn sopan..mematuhi adab tetamu.”assalamualaikum..”.tiada jawapan..suasana senyap sebentar.kali kedua dan kali ketiga diketuk pun tiada jawapan..hatinya berasa tak puas..lalu dia menyusur ke blog akademik demi mencari mlmmh di bilik guru.sesampainya di sana..hampa+kecewa..hatinya menjerit..”MANA MUALLIMAH!!”.dia berulang ke rumah muallimah utk kali kedua.perbuatanya diulangi.hampa,sangat hampa.usahanya tak membuahkan hasil.dia lelah..dadanya semput.lalu pulang ke dorm.

            setibanya di dorm..pakaian ditukar..peluh membasahibaju.<tp peluh tu ttp berbau wangi..tak busuk>.mayra’ merebahkan tubuhnya diatas satu-satunya katil single di dorm ummu habibah.mengeluh~penat.dia memicit-micit kepalanya..tanda resah.tiba2..”assalamualaikum”.mayra’ tersentak.! k. qila!! td kite try jumpa muallimah..bla..bla..bla..dgn bersemangat dia menceritakan kembali peristiwa tadinya..k. qila menjawab” 0oo..yeke..tp mlmh kata muallimah balik rumah muallimah kt KL..esok petang baru dia sampai sini balik..sori”.hati mayra’ menjerit’ ARGHH..’disusuli dgn rengekan manja yg terpacul keluar dari mulutnya.dia tak mampu berkata apa.kalau diikutkan hati..disitu juga dia menangis.tp disebabkan ingin mengontrol malu di hadapan kakak senior dihadapanya, dia menahan perasaan itu.

              “camne nie k.qila..esok dah la kite balek..kang ayah kite marah ‘.sebenarya hatinya kecewa kerana hasratnya nk tangkap gambar kelas tak tercapai..perasaanya diluahkan satu demi satu.

jam 11:45 mlm.

            mayra’ bersendirian di atas katil.dia menangis sepuas hatinya..tanpa didengari oleh orang lain. yang mendengarnye hanyalah tuhanya sahaja.terlintas dihatinya..”Ya Allah inikah ujian yg kau turunkan padaku..terima kasih Ya Allah kau telah memberikan aku merasai bahangnya”.lantas dia berniat untuk bangun subuh esok..untuk berqiamullail.setiap hari dia berbuat demikian tapi kali ini berbeza sedikit.

 

esoknya..

         harinie paper last.kata hatinya.dia terjaga tatkala tersedar dari tidur lantas mancapai tuala serta segala toiletteries utk persiapan mandi..jam menunjukkan pukul 4:45 pagi.pagi ini tidak seperti biasa. kerana semua orang yang dikejutnya liat utk bangun.seolah-olah menghadiahkan suasana yang khusus utk hatinya yang sedang bersedih.

       pagi itu juga tidak seperti biase.biasanya dia akan ke musolla sendirian tp hari ini ditemankan oleh seorang sahabatnya..safiyyah.mereka ke musolla seawal jam 5 pagi.pagi itu juga tdkseperti biasa,biasanya mayra’ akan mengerjakan qiam secara seorangan tp kali ini ditawarkan oleh usrah k. najihah yang kebetulan pagi itu mereka merancang utk melakukan qiamjama’ie utk usrah.Pagi ini juga pertama kali mayra’ berdoa sambil menitiskan air mata di dalam musolla tersebut..pada waktu qiam.berusaha memohon berdoa supaya direncanakan yg lebih baik terhadap segala apa yg menimpa dirinya.

7:30 pg

        buku geografi dihadapanya lansung tidak menarik minat mayra’ utk membaca.bagai tidak ada satu ilmu pun yang mahu lekat di kepala.hatinya resah memikirkan tentang kamera.pd hari itu, pertama kali dia meminta kepada sahabatnya, hannah untuk bertukar tempat duduk dgnya.tujuanya itu supaya dia merasakan keseorangan dalam pada masa persaanya bercelaru.hannah membenarkan permintaanya itu.”terma kasih hannah kerana memahami..”.bisik hatinya.

         sepanjang peperiksaan..hidung mayra’ tak henti2 mengalir.”pelik apsal bkn mata yg mengalir..air ni nk kuar ikot hidung yee..”.dye berjenaka sendirian.selepas habis peperiksaan, sesi kemas kelas dijalankan.hasrat hatinya utk menangkap gambar kelas disahkan hancur! kerana kamera milik ayahnya tdk muncul2 lagi.. masih dalam simpanan muallimah.selepas kemas kelas, ahli kelasnya sibuk mengambil gambar sesama mereka..mayra’ turut serta.di hatinya masih menantikan utk kamera miliknya sendiri utk menangkap gambar mereka.tidak puas!.kwrana menggunakan kamera orang lain.

 

time kemas dorm..

       syeda mensukarelakan dirinya utk cabot langsir.aku melipatnya dan berjanji utk mengembalikanya ke bilik selepas itu.lalu janji itu ditunaikan..mayra’ ke bilik warden dgn membawa 2 lipatan langsir yg dilipat kemas oleh dirinya.setibanya di bilik warden, dia meletakkan langsir tersebut dan keluar dari situ.sampai je kat depan public phone, dia terserempak ngan muallimah aniza iaitu housemate muallimah yg memegang kameranya.muallimah terserempak dgn mayra’ dan di tanganya digenggamnya satu kantung dan seperti ku kenal kantung itu.rupenye itu kameraku..akhirnya doaku terjawab.mayra’ melompat kecil sambil menjerit perlahan.lantas dia mengucapkan terima kasih kpd muallimah tersebut.

          sekarang kamera yg dinantinya sudah berada di tanganya.dia rasa bersyukur teramat sangat! dia meraikanya dgn memuji-muji tuhan pencipta sekalian alam.dia melepaskan kegembiraanya dengan mangambil seberapa banyak puc yang dia mahu.Alhamdulillah!! PINTANYA..

 

* BEGITULAH AKHIRNYA KISAH INI..AMBILLAH SEBERAPA BYK PENGAJARAN YANG BOLEH KORANG PROLEHI..MAAF SEKIRANYA TERASA ATAU ADA KONSONAN BM YANG TAK BTOL..DI KESEMPATAN INI..NK UCAPKAN MINTAK MAAF KALAU ADE TERBUAT SALAH KT KORANG..WASSALAM..UHIBBUKIFILLAH~

November 10, 2008 at 10:42 am 1 comment

Older Posts


Flickr Photos

Blog Stats

  • 2,255 hits

t.A.q.W.i.m

April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Top Posts